;

Intelligent

Khas untuk anda :

Tips untuk berjaya dalam temuduga


Ramai yang bertanya mengenai temuduga dan apakah tips untuk berjaya dalam temuduga. Jadi hari ini dikongsikan kepada anda antara tips untuk temuduga;

  • 1. Sedikit info tentang Jawatan/Syarikat yang dipohon

Sebelum menghadiri temuduga, anda perlu membuat kajian tentang jawatan yang anda pohon. Antara kegagalan calon ialah tidak tahu skop jawatan yang dipohon. Jika anda memohon kerja di syarikat swasta, jangan lupa buat sedikit kajian tentang syarikat juga supaya anda mendapat gambaran umum tentang syarikat.

Dengan melakukan perkara ini, ia akan meningkatkan kredibiliti anda kepada penemuduga dan membantu anda mencipta soalan-solan yang boleh ditanya kepada penemuduga.

  • 2. Tahu Di Mana Lokasi tempat temuduga

Pastikan anda tahu lokasi tempat temuduga tersebut dan bagaimana anda boleh ke sana. Berapa lama masa yang diambil untuk sampai ke sana? Adakah anda tahu nombor telefon dan dengan siapa anda akan berjumpa?

Isi paragraf sembunyi

Bagaimana dengan tempat letak kenderaan? Dengan mengetahui perkara ini anda boleh menjimatkan masa anda dan mengelakkan tekanan yang mungkin anda hadapi jika tercari-cari tempat tersebut ketika hari temuduga nanti.

  • 3. Pakaian

Pakaian anda haruslah kemas, menarik dan kelihatan profesional. Walaupun anda tidak begitu arif tentang budaya syarikat, adalah lebih selamat jika anda mengenakan pakaian yang agak konservatif.

Sekiranya ketika anda datang nanti semua orang disitu memakai seluar jeans dan t-shirt sahaja, anda tetap akan nampak lebih baik jika datang dengan pakaian yang kemas. Namun, sekiranya anda sudah tahu tentang budaya syarikat, tidak salah untuk anda berpakaian sedemikian.

Selain itu, pastikan rambut anda disikat dengan kemas dan rapi dan kuku anda dipotong dan dijaga dengan baik.

  • 4. Temuduga Olok-olok

Pastikan anda bersedia dengan soalan-soalan yang biasa ditanya ketika temuduga seperti “What are your strengths and weaknesses?”,

(Apakah kekuatan dan kelemahan anda?), “Why do you want to work here?” (Kenapa anda ingin bekerja di sini), “Why should we hire you?”

(Kenapa kami harus menerima anda bekerja), dan soalan paling popular iaitu “Tell me about yourself” (Beritahu saya tentang diri anda). Buat satu temuduga olok-olok bersama dengan rakan anda untuk bersoal jawab tentang soalan-soalan ini.

  • 5. Dapatkan Rujukan Yang Membantu

Dapatkan sekurang-kurangnya tiga orang rujukan – bekas majikan, rakan sejawat, pensyarah - yang sanggup menjadi rujukan profesional anda. Pastikan anda mendapatkan kebenaran mereka terlebih dahulu. Lebih penting lagi mereka mampu untuk bercakap tentang diri anda jika dihubungi oleh bakal majikan anda nanti.


  • 6. Datang Awal

Pastikan anda datang sekurang-kurangnya 15 minit lebih awal sebelum sesi temuduga. Sesudah sampai cari mana-mana cermin yang terdapat dalam syarikat tersebut dan lihat penampilan anda terlebih dahulu. Kemudian maklumkan kepada penyambut tetamu tentang kehadiran anda dan beritahunya ada temujanji untuk temuduga. Selain itu, matikan telefon bimbit supaya ia tidak mengganggu ketika pertemuan anda dengan penemuduga nanti.

  • 7. Bawa Dokumen Yang Diperlukan

Buat satu senarai dokumen-dokumen yang diperlukan semasa temuduga. Dokumen ini termasuklah salinan resume anda, kad pengenalan, sijil-sijil yang berkaitan. Kemudian, susun dokumen ini dengan baik. Pastikan susunan salinan fotokopi sama dengan susunan salinan asal. Ini bagi memudahkan penemuduga membuat rujukan.

Jika anda graduan baharu, jangan lupa bawa kesemua transkrip pengajian anda.

  • 8. Jual Diri Anda!

Sesi temuduga ialah peluang untuk anda menyinar. Ia bukan masa untuk merendah diri. Bina satu pernyataan ‘Mengapa anda?’. Anda perlu memasukkan kekuatan-kekuatan anda, kebolehan yang anda miliki dan keunikan anda berbanding calon lain.

  • 9. Bertanyakan Soalan

Penemuduga akan tertarik dengan calon yang menunjukkan mereka mengetahui banyak perkara tentang syarikat. Oleh itu, berdasarkan kajian anda sebelum menghadiri temuduga, sediakan soalan untuk ditanya kepada penemuduga.

Antara soalan yang boleh anda tanya ialah sejauah mana jawatan itu memberi kesan kepada matlamat dan rancangan syarikat di masa hadapan.

  • 10. Tindakan Susulan

Sesudah selesai satu sesi temuduga, perkara penting yang anda perlu anda lakukan ialah menghantar satu email penghargaan atas masa yang diluangkan serta pertimbangan yang mereka lakukan.

Nyatakan juga anda sangat berminat dengan jawatan tersebut serta akan komitmen yang sepenuhnya terhadap jawatan yang ditawarkan. Selepas itu, jika anda masih tidak menerima apa-apa berita daripada penemuduga dalam tempoh seminggu, hubungi mereka semula.

Tanya dengan baik bilakah mereka akan membuat keputusan berkenaan temuduga yang anda hadiri.


Mudah-mudahan sedikit perkongsian ini memberikan anda sedikit momentum gerak atur yang baik untuk ke sesi temuduga kerja anda



ctrl+c untuk copy

Anda mungkin juga meminati :


1 comments:

  1. iman ruslan said...
     

    Tips yang bagus.. Walaupun belum bekerja, tapi tips ni memang berguna nanti...

Post a Comment

Post a Comment



 


Hide your ShoutBox