;

Intelligent

Khas untuk anda :

10 Cara Bagaimana Untuk Mendapat Ketenangan Jiwa




Sahabat-sahabat para pembaca semua. Dalam artikel kali ini, saya ingin berkongsi dengan anda, 10 Cara Bagaimana Untuk Mendapat Ketenangan Jiwa, terutamanya khusus bagi mereka yang merasakan hidup mereka tidak tenteram dan tidak tenang.

Ketahuilah bahawa, agama kita, ISLAM ada memberikan ubat dan penawar dalam merawat ketenangan. Berikut adalah perkara-perkara atau langkah yang boleh dilakukan untuk mendapat ketenangan jiwa.


1. Membaca dan mendengarkan al-Quran
Suatu ketika seseorang datang kepada Ibnu Mas’ud, salah seorang sahabat utama Rasulullah. Dia mengeluh:
“Wahai Ibnu Mas’ud, nasihatilah aku dan berilah ubat bagi jiwaku yang gelisah ini. Seharian hidupku penuh dengan perasaan tidak tenteram, jiwa gelisah dan fikiranku kusut. Makan tak enak, tidur pun tidak nyenyak.”
Ibnu Mas’ud menjawab: “Kalau penyakit itu yang menimpamu, maka bawalah hatimu mengunjungi tiga tempat.
Pertama, tempat orang membaca al-Quran. Engkau baca al-Quran atau engkau dengar baik-baik orang yang membacanya.
Kedua, engkau pergi ke majlis pengajian yang mengingatkan hatimu kepada Allah.
Ketiga, engkau cari waktu dan tempat yang sunyi. Di sana, engkau bertafakur mengabdikan diri kepada Allah. Nasihat sahabat Nabi itu segera dilaksanakan orang itu.
Apabila sampai di rumah, segera dia berwuduk kemudian diambilnya al-Quran dan dibacanya dengan penuh khusyuk. Selesai membaca, dia mendapati hatinya bertambah tenteram dan jiwanya tenang, fikirannya segar, hidupnya terasa baik kembali.
Padahal, dia baru melaksanakan satu daripada tiga nasihat yang disampaikan sahabat Rasulullah itu.

2. Menyayangi orang miskin
Rasulullah memerintahkan kepada Muslim yang punya kelebihan harta untuk memberikan perhatian kepada orang miskin.
Ternyata, sikap dermawan itu boleh mendatangkan ketenangan jiwa. Mengapa? Dalam sebuah hadis menjelaskan bahawa malaikat selalu mendoakan orang yang dermawan:
“Setiap pagi hari dua malaikat senantiasa mendampingi setiap orang. Salah satunya mengucapkan doa: Ya Allah! Berikanlah balasan kepada orang yang berinfak. Dan malaikat yang kedua pun berdoa: Ya Allah! Berikanlah kepada orang yang kikir itu kebinasaan.”
Daripada hadis berkenaan dapat disimpulkan bahawa orang yang dermawan itu akan memperoleh dua balasan.
Pertama, dia mendapat ganjaran atas apa yang diberikannya kepada orang lain.
Kedua, mendapatkan limpahan ketenangan jiwa dan belas kasihan daripada Allah.

3. Melihat orang yang di bawah, jangan lihat ke atas
Ketenangan jiwa akan diperoleh jika kita senantiasa bersyukur atas segala pemberian Allah meskipun tampak sedikit.
Rasa syukur itu akan muncul apabila kita senantiasa melihat orang yang keadaannya lebih rendah daripada kita, baik dalam hal kebendaan, kesihatan, rupa, pekerjaan dan pemikiran.
Betapa banyak di dunia ini orang yang kurang beruntung. Rasa syukur itu selain mendatangkan ketenangan jiwa, juga ganjaran daripada Allah.

4. Menjaga silaturahim
Manusia adalah makhluk yang perlu menjalinkan hubungan yang baik dengan manusia lain. Pelbagai keperluan hidup takkan mungkin boleh diraih tanpa adanya bantuan daripada orang lain.
Dalam hadis Rasulullah diperintahkan untuk tetap menjalin silaturahim sekalipun terhadap orang yang melakukan permusuhan kepada kita. Rasulullah bersabda bahawa silaturahim dapat memanjangkan umur dan mendatangkan rezeki.
Hubungan yang baik di dalam keluarga, mahupun dengan tetangga akan menciptakan ketenangan, kedamaian dan kemesraan. Hubungan yang baik itu juga akan meleraikan sifat dengki, buruk sangka, iri hati, besar diri dan sebagainya.

5. Banyak mengucapkan “La hawla wa la quwwata illa billah“
Sumber ketenangan jiwa yang hakiki bersumber daripada Allah. Oleh itu, hendaklah kita selalu menghadirkan Allah dalam segala keadaan, baik dalam keadaan senang ataupun susah.
Kuatnya hubungan kita dengan Allah akan membuatkan jiwa seseorang itu menjadi kuat, tidak mudah goyah. Apabila kita lalai mengingati Allah, maka ia membuka peluang bagi syaitan mempengaruhi fikiran kita.


6. Mengatakan yang haq (benar) sekalipun pahit
Hidup ini harus dijaga agar senantiasa berada di atas jalan kebenaran. Kebenaran harus diperjuangkan.
Pelanggaran terhadap kebenaran akan mendatangkan kegelisahan. Ketenangan jiwa akan tercapai apabila kita tidak melanggar nilai kebenaran.
Sebaliknya, pelanggaran terhadap kebenaran akan berpengaruh terhadap ketenangan jiwa. Lihat saja orang yang kerap melakukan maksiat dalam hidupnya, mereka akan berasa gelisah walaupun nampak senang dan ceria.


7. Tidak ambil peduli terhadap celaan orang lain asalkan yang kita lakukan benar kerana Allah
Salah satu faktor yang membuat jiwa seseorang tidak tenang adalah kerana selalu mengikuti penilaian orang terhadap dirinya.
Seorang akan memiliki pendirian kuat jika berpegang kepada prinsip yang datang daripada Allah.


8. Tidak meminta kepada orang lain
“Tangan di atas (memberi) lebih mulia dari tangan di bawah” adalah hadis Rasulullah yang merangsang setiap mukmin untuk hidup berdikari.
Tidak bergantung dan meminta-minta kepada orang lain kerana orang yang berdikari jiwanya akan kuat dan sikapnya lebih berani dalam menghadapi kehidupan.
Sebaliknya, orang yang selalu meminta-minta menggambarkan jiwa yang lemah.


9. Menjauhi hutang
Dalam sebuah hadis, Rasulullah dengan tegas mengatakan:
“Janganlah engkau jadikan dirimu ketakutan setelah merasai ketenangan!”
Sahabat bertanya: “Bagaimana boleh terjadi seperti itu!”
Sabdanya: “Kerana hutang.”
Begitulah kenyataannya. Orang yang berhutang akan senantiasa dihantui ketakutan kerana dia dikejar-kejar untuk segera membayarnya.
Inilah salah satu faktor yang membuat ramai orang mengalami tekanan jiwa. Rasulullah juga mengatakan:
“Hendaklah kamu jauhi hutang kerana hutang itu menjadi beban fikiran di malam hari dan rasa rendah diri di siang hari.”


10. Selalu berfikir positif
Mengapa seseorang mudah berasa tertekan? Salah satu faktornya kerana dia selalu dibayangi fikiran negatif, selalu mencela dan menyesali kekurangan diri.
Padahal, kita diberikan Allah pelbagai kelebihan. Ubahlah fikiran negatif itu menjadi positif. Ubahlah ungkapan keluh kesah yang membuat muka berkerut, badan lemas, ubahlah dengan ungkapan senang.
Bukankah di sebalik kesulitan dan kegagalan itu ada hikmah yang boleh jadi pengajaran?


Sumber Rujukan : Tulisan Ustaz Mohd Zawawi Yusoh


Saya harap artikel ini sikit sebanyak memberikan panduan kepada mereka-mereka yang bermasalah dalam mencari ketenangan jiwa dan kebahagiaan hidup, insyaAllah.

Mempercepatkan Bandwidth Internet





                    Browsing Internet dengan cepat pasti akan menyenangkan kerja anda, berbagai cara dilakukan untuk mempercepatkan talian internet  seperti menggunakan software ataupun mengunakan setting tertentu yang dikatakan boleh mempercepatkan internet. Berikut adalah beberapa tips yang dapat digunakan untuk mempercepatkan internet anda :



Menggubah setting bandwith pada windows (khusus Windows XP)



Pada dasarnya OS windows membataskan bandwidth untuk talian internet sebanyak 20% dari total bandwidth yang sepatutnya boleh dimaksimunkan, jika Anda ingin menambah bandwidth internet supaya taliannya menjadi lebih cepat dan laju, ianya boleh dilakukan dengan cara mengurangkan atau mengosongkan batasan bandwidth tersebut supaya Windows boleh dimaksimunkan dalam menggunakan bandwidth yang sedia ada.


Langkah-langkahnya seperti dibawah ini :
1. Klik Start
2. Klik Run
3. Tandakan gpedit.msc
4. Kemudian klik Ok
5. Setelah masuk klik (buka) Administrative Templates
6. Kemudian klik (buka) Network
7. Setelah terbuka klik QoS Packet scheduler
8. Kemudian klik Limit Reservable Bandwidth
9. Dan setelah terbuka ubah setting menjadi Enable
10. Kemudian ubah Bandwidth Limitnya menjadi 0
11. Klik Apply, dan terus Ok
12. Kemudian keluar dan Restart komputer

Pakai browser Google Chrome atau Apple Safari


Versi terbaru dari browser Chrome dan Safari sangat cepat jika dibandingkan dengan Firefox ataupun Internet Explorer (sudah diuji dan memang terbukti jauh lebih cepat).

P/S

Gunakan Google Chrome kerana selain cepat, Chrome lebih steady jika dibandingkan dengan Safari, walau dalam beberapa hal Safari ada yang lebih cepat daripada Chrome.




Kalau anda ingin kekal menggunakan Firefox dan tidak ingin menukar browser lagi, anda boleh menambahkan Add-on “Adblock” untuk menghalang iklan, gambar, dan flash yang aktif. Ada beberapa Add-on lagi dari Firefox seperti NoScript yang mampu mempercepat akses internet, tapi masalahnya jika terlalu banyakn Add-on ia melambatkan akses daripada browser Firefox sendiri.







Jom jadi ahli malaysia-yourtsay ( dapat 20sen per klik)

                   Saya nak kongsi satu cara nk tambahkan earning  melalui klik2..
caranya tak susah pun.. just share2 link je melalui FB or Twister or blog n mcm2 lg..
mmg mudah.. setiap link yang diklik, kita akan dapat RM0.20 tetapi ada syarat-syaratnya..

anda boleh daftar dulu, FREE je..








Step 1
bila dah kuar website seperti kat bawah ni,
anda tekan butang signup yang wane ijau  kat atas belah kanan tu.





Step 2
Anda isi je email anda kt ruangan email tu.
tengok contoh kt bawah, 
Yang FB kt atas tu, tak payah klik pape.
lepas dah isi email, terus tekan SIGN UP!


Step 3

Selepas itu akan diarahkan untuk check email anda dan
anda perlu klik pada activation link.
link ini akan masuk pada SPAM BOX anda.

lepas dah klik link itu ada boleh la mengisi  maklumat-maklumat yang diperlukan, yang penting url profile FB anda tu.


Step 4
saya slalu guna yang   sponsored campaign
kemudian anda boleh la klik mane2 saja sponsored kt bawah tu..

sistem reward yang digunakan ada 2 jenis iaitu C.P(point) dan RM(duit)
tengok kt bawah ni.



Step 5
Anda boleh la klik mana-mana sahaja sponsored campaign tersebut.
kemudian akan keluar page dimana tempat untuk anda share link ini.
seterusnya akan keluar peraturan-peraturan untuk membuat share.

Step 6
Setelah anda membaca semua peraturan tersebut, anda boleh la share 
link tersebut pada FB anda dengan klik pada butang Share fb.

Anda akan menerima 0.20sen bagi setiap link yang ada share.
Selamat mencuba..












Apakah Jantina laptop anda??

Saya ada terjumpa satu kaedah bagaimana untuk mengetahui jantina laptop. 
Betol ke laptop ade jantina??? 
mula2 memang saya tak caya, tapi bila dh try, 
tergelak sorang2..
memang betol ada.. 


cara-caranya ialah:


1) Buka notepad dan paste ayat ini dalam notepad: CreateObject("SAPI.SpVoice").Speak"I love YOU"

2) Selepas itu tekan save. Ubah save as type kepada All Files (pastikan korang save di desktop supaya senang nak cari/buka nanti). save as = love u.vbs

3) Close notepad apabila habis save. Then double click file td (love u.vbs) dan akan dengar suara "i love u.

4) Cuba dengar btul2 suara "i love u" tu....suara lelaki ke perempuan? (Buka volume sekuat2nye ye)

5) Kalau dengar lelaki maknanya laptop korang tu jantan dan begitu le sebaliknya....


lepas dh ikut step ni, tetiba kuar suara kat laptop cakap 
" i love u"..
nak termuntah dibuatnya sebab yang kuarnya suara lelaki.. klo suara aweks bleh tahan..
tapi ape pn.. laptop yang saya sedang guna ni adalah Lelaki.. hahaha.. 





p/s: jom try.. jangan smpai kuar dua suara dah... hihi :p



Dadali - Di saat aku mencintaimu

























Klik untuk download mp3



Cara Menghilangkan Parut Jerawat

Jerawat merupakan beberapa masalah remaja, sekalinya muncul bisa saja hilang suatu waktu tapi beberapa sampai meninggalkan bekas yang pastinya menodai wajah.
jerawat
Berikut ini adalah beberapa tips untuk mengatasi jerawat dan menghilangkan bekas jerawat tanpa menggunakan obat-obatan. Cukup menggunakan bahan-bahan alami yang sebagian besar mungkin ada di rumah Anda.



Doa orang teraniaya


assalamualaikum wbt.. alhamdulillah segala pujian bagi ALLAH SWT..

selawat dan salam buat Nabi Muhammad SAW, keluarga dan para sahabat baginda yang tercinta..syukurlah saya masih lagi diberi peluang oleh Yang Maha Berkuasa untuk dapat menulis di blog ini lagi.
baru2 ini beberapa perkara yang sangat mengecewakan yang memang telah lama dalam telahan akhirnya menjadi kenyataan yang terlalu mudah diramal, namun perkara2 tersebut adalah hal2 yang sangat tidak disenangi. Tak perlu saya jelaskan kerana hal2 yang mengaibkan beberapa pihak lebih baik tidak didedahkan meskipun hati sangat kecewa dan mengecewakan yang boleh menimbulkan pelbagai perasaan tidak baik.

 


Hide your ShoutBox